cak! posted on 8-2-2010 01:41 PM

6 rentung kereta langgar treler di Senawang

SEREMBAN:Enam rentung dalam sebuah kereta yang terbabas lalu melanggar sebuahtreler di Kilometer 252, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Senawang, jam1.30 pagi tadi.




..pergghhh 6 org rentung..ngeri nehh..langgar treler minyak kot :L

ushioz posted on 8-2-2010 01:44 PM

tertido la ni. tu la. malam ni serah pada batman je nak drive. rakyat marhaen ni malam tido.

skicysonic posted on 8-2-2010 01:45 PM

tadi lalu tak perasan plak tempat eksiden

nana3906 posted on 8-2-2010 01:49 PM

salam takziah pd kluarga........

Cakkkk....aaaa posted on 8-2-2010 01:51 PM

SEREMBAN:Enam rentung dalam sebuah kereta yang terbabas lalu melanggar sebuahtreler di Kilometer 252, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Senawang, jam1.30 pagi tadi.




..pergghhh 6 org rentung..n ...
cak! Post at 8-2-2010 13:41 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Langgar lori bawak batu rosak tepi jalan kat emergency lane.... kete langgar terus meletup...

apa2jelah posted on 8-2-2010 01:58 PM

kete jenis apa tu? dahsyat tu kalau langgar terus meletup..mesti laju tahap gaban nih :L

Cakkkk....aaaa posted on 8-2-2010 02:00 PM

Post Last Edit by Cakkkk....aaaa at 8-2-2010 14:02

http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/nahas_bmwtreler.jpg

cuba agak kete jenis apa..

evolutionary posted on 8-2-2010 02:01 PM

huih tak nampak rupa bentuk keta dah

shahx posted on 8-2-2010 02:05 PM

blog ondscene takde coverage pasal ni ke?

ushioz posted on 8-2-2010 02:06 PM

Post Last Edit by Cakkkk....aaaa at 8-2-2010 14:02

http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/nahas_bmwtreler.jpg

cuba agak kete jenis apa..
Cakkkk....aaaa Post at 8-2-2010 14:00 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

tengok dari abu kaler tu sah BMW

whadda posted on 8-2-2010 02:09 PM

ishhh...dah rentung camtuh cane la nak asingkan abu mayat...:re:

carold posted on 8-2-2010 02:09 PM

Post Last Edit by Cakkkk....aaaa at 8-2-2010 14:02

http://www.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoMenarik/nahas_bmwtreler.jpg

cuba agak kete jenis apa..
Cakkkk....aaaa Post at 8-2-2010 14:00 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

nak agak aper ni...dah tinggal abu gini

crossfire posted on 8-2-2010 02:11 PM

BMW 7 series, tak tau model lama ker baru...tapi BMW 7 series lah.:lol:

Cakkkk....aaaa posted on 8-2-2010 02:13 PM

BMW 7 series, tak tau model lama ker baru...tapi BMW 7 series lah.:lol:
crossfire Post at 8-2-2010 14:11 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

hebat.... kekekeke...

ngalahkan csi...:laugh3:

jeeja07 posted on 8-2-2010 02:15 PM

From the color of the ashes pun boleh tau jenis kereta. Very impressive. Takziah pada yang kehilangan family members.

apex posted on 8-2-2010 02:16 PM

mengerikan sungguh...
kalau dh mengantuk tu berenti la kat rnr...rehat2kan badan sat...
huhuhu...

Cakkkk....aaaa posted on 8-2-2010 02:16 PM

BMW 7 series, tak tau model lama ker baru...tapi BMW 7 series lah.:lol:
crossfire Post at 8-2-2010 14:11 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

Sejak bila bmw 7 series ada spoiler besau kat belakang?  ;P

oranghalus posted on 8-2-2010 02:19 PM

ni mesti pakai minyak Ron95 ni....mudah terbakar, opssss :shutup:

Cakkkk....aaaa posted on 8-2-2010 02:19 PM

baru minggu lepas perdana hitam org besar bukit aman langgar lori gak...

crossfire posted on 8-2-2010 02:20 PM

Enam sekeluarga rentung naik BMW pulang bercuti


SEREMBAN 8 Feb. ¨C Enam sekeluarga yang dalam perjalanan bercuti mati rentung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Senawang awal pagi ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah memberitahu, kes pertama Ops Sikap ke-21 di negeri ini berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi ketika kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki keluarga malang itu merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan.

¡°Difahamkan kesemua mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung. Mereka dipercayai dari Kuala Lumpur untuk ke selatan tanah air,¡± katanya.

Identiti semua mangsa belum dikenal pasti kerana semua pengenalan dalam kenderaan itu turut hangus.

nik2121 posted on 8-2-2010 02:21 PM

Nahas maut: PLUS cuci tangan?

KEMALANGAN di Lebuh Raya Utara-Selatan yang mengorbankan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan II) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Hazam Abdul Halim baru-baru ini adalah cerita duka yang berlaku hampir setiap hari.

Saban hari, ada sahaja kemalangan maut berlaku, tetapi kemalangan yang menimpa Allahyarham membuatkan saya tertanya-tanya - apa peranan yang sepatutnya dimainkan oleh PLUS Expressway Bhd. (PLUS) untuk mengelakkan ia daripada berlaku.

Banyak pihak yang meratapi pemergian Allahyarham, khususnya ahli keluarga beliau - apakah PLUS sedikitpun tidak tergerak untuk menunjukkan rasa simpati atau menyatakan sesuatu sebagai memperlihatkan rasa bertanggungjawab syarikat itu dengan apa yang berlaku?

Tragedi itu berlaku apabila kereta yang dipandu pemandu Allahyarham dikatakan terlanggar belakang sebuah lori treler yang berhenti di lorong kecemasan.

Tentunya ini bukan kes pertama seumpama itu berlaku di lebuh raya tersebut. Dua kemalangan bas ekspres yang mengorbankan ramai penumpang tidak lama dulu disebabkan oleh besi penghadang jalan yang menusuk ke badan bas di lebuh raya itu. PLUS langsung berdiam diri daripada membuat sebarang kenyataan.

Mungkin punca kemalangan itu kerana faktor lain seperti kecuaian dan sebagainya. Tak apalah, biarlah, saya serahkan semua itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.

Persoalan saya, kenapa treler itu dibiarkan diletakkan di lorong kecemasan itu - ia tidak sepatutnya dibenarkan diletak di situ terutama pada waktu malam kerana boleh mengundang bahaya kepada kenderaan lain.

Di mana PLUS ketika itu? PLUS dikatakan mempunyai unit rondaannya sendiri, kamera kawalan di persimpangan lebuh raya untuk menyelia keselamatan lebuh raya kendaliannya?

Saya kecewa kenapa apabila berlaku kemalangan, pihak yang bertanggungjawab mengawal selia lebuh raya itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebagai menyatakan keprihatinan syarikat tersebut dengan apa yang berlaku.

Sikap diam PLUS itu menunjukkan seolah-olah kemalangan yang berlaku tiada kena mengena langsung dengan mereka dan bukan tanggungjawab syarikat konsesi itu.

Sedangkan syarikat konsesi tersebut yang menyelenggara lebuh raya tersebut dan pengguna lebuh raya pula membayar tol untuk melalui lebuh raya tersebut. Justeru, sepatutnya PLUS memastikan keselamatan mereka terjamin.

Faktor yang boleh menyebabkan kemalangan seperti kenderaan diletakkan di lorong kecemasan, jalan rosak, tanda amaran tak jelas dan sebagainya perlu sentiasa diberi keutamaan.

Mereka yang melalui lebuh raya itu membayar tol. Justeru sepatutnya keselamatan mereka dijamin oleh pihak PLUS.

Syarikat konsesi itu tidak sepatutnya bertindak seperti lepas tangan apabila berlaku kemalangan.

Apalah salahnya jika pihak PLUS sekurang-kurangnya mengeluarkan kenyataan - pihaknya prihatin dengan apa yang berlaku dan akan meneliti aspek-aspek yang boleh diberi penambahbaikan untuk memastikan kejadian sama tidak berulang.

Tidak dinafikan banyak yang PLUS lakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan seperti mengemukakan jadual perjalanan semasa musim perayaan, membaik pulih jalan dan sebagainya.

Apa pun, dengan rekod keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.187 bilion bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir 30 September 2009 yang diperoleh PLUS, kita tentunya mengharapkan sesuatu yang ekstra daripada syarikat itu dalam memastikan keselamatan pengguna. Sepatutnya PLUS memberi caruman insurans nyawa kepada setiap penggunanya yang menggunakan lebuh raya itu.

Ini kerana peningkatan perolehan syarikat itu tentu sekali ada kaitannya dengan pertumbuhan trafik di lebuh raya itu selain kenaikan kadar tol.

Diharapkan PLUS lebih sensitif dalam hal ini. Biarlah para pengguna merasakan syarikat konsesi itu ¡®dekat¡¯ dengan mereka.

ISKANDAR JOHARI

Pengguna Lebuh Raya PLUS

Cakkkk....aaaa posted on 8-2-2010 02:24 PM

Enam sekeluarga rentung naik BMW pulang bercuti


SEREMBAN 8 Feb. ¨C Enam sekeluarga yang dalam perjalanan bercuti mati rentung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Sela ...
crossfire Post at 8-2-2010 14:20 http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

HAHAHAHA.. patut ler cam itu bm 7 series...

hampeh!

:lol:

apex posted on 8-2-2010 02:26 PM

bagi aku, aku tk menyalahkan pemandu2 treler yg berhenti di lorong kecemasan tu..
daripada mereka bawak kenderaan dalam mengantuk dan menyusahkan orang lain kat atas jalanraya tu lebih baik la mereka berhenti...
dalam hal kereta2 yg melanggar belakang lori treler ni dh terang2 nampak kesalahan pada sikap pemandu kereta yg melanggar itu sendiri...
dh tentu la orang tk pandu ikut lorong kecemasan tu...
highway ada 3 lane (kat kawasan kejadian di atas)...besar tu...apehal lak lorong kecemasan tu yg dia lalu...dh tau mengantuk tu benti la kejap...nasib baik la langgar montot treler...kalo dia terhuyung hayang atas jalan pastu langgar pemandu lain bagaimana...tk ke menyusahkan org namanya tu...

voiletiris posted on 8-2-2010 02:27 PM

first time aku tgk keta hangus tingal abu je,ni memang laju lah dia org drive ni,

Cakkkk....aaaa posted on 8-2-2010 02:27 PM

Driver Air Bag
Passenger Air Bag
Passenger Air Bag On/Off Switch
Side Head Air Bag
Rear Head Air Bag
Auto-On Headlights
Traction Control
HID headlights
Auto-Off Headlights
Electronic Stability Control
Vehicle Anti-Theft System
Brake Assist
Alarm
Driving dynamics control -inc: settings for shock absorber firmness, transmission shift characteristics, engine-throttle response, pwr-steering assist
Knee airbags
Automatic fuel-pump shutoff upon severe accident impact
Battery safety terminal
3-point safety belt system -inc: front pretensioners, ALR in all passenger positions
Lower anchors & tethers for children (LATCH) on rear outboard seats

Bila dah eksiden mcm ni.... semua safety features utk top of the line BMW 7 series tak jalan...
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: 6 rentung kereta langgar treler di Senawang